When the moment :)
Bonjour. Welcome to my blog. Do follow :)| Dashboard | +Follow
Sebab Sebab Lelaki Menangis (!.!)
Friday 19 August 2011 | 2:23 pm | 0 Blackjack
sape selalu tegok lelaki menanges ? Ade tak ?? Aku tak penah tegok lagi laaaa lelaki menanges , hehee ! Kalauu ade ponn budak budak kecik selalu nyaa , betul tak ?? Okayy aku ade laaa dapat sikit sumber punca lelaki menanges , Jom Bacaaaaaaaaa 

Punca Punca Lelaki Menanges :-
- si lelaki mengaggap dirinya tak wujud oleh wanita kesayangannya .
- si lelaki sering melihat wanita kesayangannya itu bermesraan , curang dan keluaa bersama lelaki lain .
- si lelaki menganggap dea tidak dapat membahagiakan wanita kesayangannya itu .
- dea mendapat tau apabila wanita kesayangannya itu pura-pura mencintainya .
- wanita yang disayanginya tidak mencintainya secara ikhlas dan sepenuh hati , tetapi sekadar mempergunakannya .
- si lelaki berasa dipergunakan oleh wanita kesayangannya .
- si lelaki melihat wanita kesayangannya itu sakit dan terlantar di hospital .
- si lelaki ditinggalkan oleh wanita kesayangannya .

Ehh Nanti Ade Lagi Niee :)

1. Ditimpa Masalah
lelaki akan menangis apabila ada sesuatu yang menimpa mereka secara bertubi-tubi dan terlampau. Mungkin situasinya bertemu dengan kebuntuan untuk meleraikan masalah yang agak besar!

2. Sakit 
lebih malang apabila sakit tersebut menyebabkan sehingga si lelaki tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Sukar untuk mencari bekerja dan mencari nafkah untuk keluarga tersayang. Melihat air muka isteri dan anak-anak yang turut memikul beban tersebut akan menyebabkan si lelaki mengenang nasib dan menangis.

3. Cinta
dalam hubungan antara lelaki dan wanita kebiasaannya wanita menjadi mangsa tangisan. Tetapi lelaki juga mampu untuk menangis jika cinta pengarang jantung tidak menjadi atau lebih sedap berbunyi cinta terkondem di tengah jalan (hu3). Perlu dilihat dari segala sudut dan sejauh mana perjalanan lebuhraya cinta tersebut terjalin. Gagal mengekalkan hubungan dan mendapatkan cinta tersebut maka tangisanlah jadi peneman. Tangislah dari melakukan perkara gila seperti yang kerap berlaku kini iaitu ‘bunuh diri’.

4. Bila Jatuh Sakit
Ada sesetengah lelaki akan menangis bila jatuh sakit, lebih kronik lagi jika mereka tidak berupaya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga juga sebagai suami akibat penyakit yang dihidapi.

5. Kehilangan Pasangan
Ini mungkin antara penyebab utama lelaki tidak boleh terus berlagak macho bila pasangan meninggal dunia.Bagi lelaki yang tidak dapat menerima hakikat,luka ini lama untuk disembuhkan.

6. Tertekan
Tidak kira bebanan pekerjaan, masalah peribadi dan sebagainya, akhirnya air mata lelaki gugur juga. Ada juga lelaki yang mengambil jalan mudah dengan mengunjungi kelab malam bagi melepaskan tekanan, namun ia bukan penyelesaian yang baik.

7. Bertengkar dengan Pasangan
Walaupun jumlahnya tidak sebanyak air mata wanita yang mengalir, ada juga lelaki yang tidak sanggup melihat pertelingkahan berterusan dalam rumah tangga.Lebih memburukkan keadaan apabila si isteri meminta cerai atas perbalahan yang berlaku.


Older PostNewer Post
Hello :)


Assalamualaikum and Hello. Beware of your mouth if you wanna judge me. I am a simple and easy to make friend. Hate anon and copypiggy! Thank you!


Tagboard


Navigation

Tutorials Links Entries